bliggity background :)

PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA DALAM TALIAN DAN LUAR TALIAN

1.      Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
2.      Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran.

Pembelajaran Dalam dan Luar Talian dengan Menggunakan Tapak dan Laman Web Pembelajaran.
§  Murid-murid gemar untuk menggunakan komputer dan internet. 
§  Sifat sebegini yang dimiliki oleh murid wajar diambil kesempatan oleh guru untuk menggunakannya dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.
§  Untuk membantu guru supaya senang untuk mengunjungi laman yang berkenaan di  internet, maka guru perlu menyimpan rekod penerokaan mereka dalam bentuk Fail Internet dan juga Katalog Alamat Internet.
§  Guru boleh menggunakan laman web yang berkenaan untuk digunakan sebagai bahan pengajaran. 
§  Langkah penggunaan laman web adalah seperti berikut:
Ø   Tentukan objektif pengajaran yang hendak dicapai
Ø  Guru menjelaskan tugasan yang perlu murid lakukan
Ø  Minta murid melayari laman web yang disediakan
Ø  Murid melaksanakan tugasan yang diberikan dan melaporkannya dengan menggunakan alat pengarangan elektronik
Ø  Guru membuat kesimpulan.

Melaksanakan Simulasi Pengajaran Dalam Talian
LANGKAH 1 :
§  Guru mengakses internet dan membuka portal pendidikan untuk pembelajaran.
§  Lihat contoh portal pendidikan di bawah :



LANGKAH 2 :
§  Guru akan memilih tatabahasa yang hendak diajar pada hari tersebut dan mengikut sukatan pelajaran.
§  Contohnya guru tersebut memilih untuk mengajar golongan kata pada hari tersebut, maka guru akan klip pada kata kerja.
§  Lihat contoh di bawah selepas perkataan kata kerja diklik :


LANGKAH 3 :
§  Guru akan megajar kata kerja berdasarkan apa yang terdapat di portal pendidikan tersebut.
§  Guru akan memberikan beberapa contoh kata nama serta menyuruh murid-murid memberi contoh kata nama.
LANGKAH 4 :
§  Selepas itu, guru akan memberikan latihan kepada murid-murid.
§  Guru boleh menggunakan latihan yang terdapat di dalam portal pendidikan tersebut.
§  Lihat contoh di bawah :


LANGKAH 5 :
§  Guru akan klik pada perkataan latihan 1.
§  Lihat contoh di bawah selepas latihan 1 diklik :


§  Guru boleh memanggil murid-murid untuk menjawab soalan-soalan latihan yang terdapat di portal pendidikan ini.
§  Akhir sekali guru akan memberi kerja iaitu menyalin soalan di dalam buku latihan.

Melaksana Simulasi Pengajaran Dalam Talian Dan Luar Talian Dengan Menggunakan Laman Web Dan Tapak Pembelajaran

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 1

Tarikh                                                : 26 Mac 2012
Masa                                                  : 0845-0945 (60 minit)
Tahun                                                : Tahun 1 Bendahara
Tema                                                             : Kesihatan dan Kebersihan
Tajuk Pelajaran                               : Tiada Aedes Tiada Denggi
Bilangan Murid                               : 30 orang
Standard Kandungan                   : 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Standard Pembelajaran                : 1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan betul menggunakan ayat tunggal.

Objektif                                              : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
                                                                              i.        Membina 3 ayat tunggal berdasarkan gambar.
                                                                            ii.        Mengetahui dan menceritakan 5 cara menghapuskan tempat pembiakan aedes.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
                      i.        Bercerita berdasarkan video
                    ii.        Membina ayat secara berkumpulan dan individu
                   iii.        Lembaran Kerja
Pengetahuan Sedia Ada                         : Murid pernah melihat nyamuk aedes
Pengisian Kurikulum                                :
                      i.        Ilmu    - Pendidikan Sivik, Pendidikan Kesihatan
                    ii.        Nilai    - kerjasama, tanggungjawab, berbudi bahasa
ENT                                                                :
                      i.        Kemahiran Berfikir  - menjana idea untuk membina ayat tunggal
                    ii.        Kemahiran Belalajar Cara Belajar – belajar secara berkumpulan
                   iii.        Kontekstual – kebersihan persekitaran rumah
                   iv.        Kecerdasan Pelbagai – interpersonal, verbal-linguistik, intrapersonal
                                                                       
EMK                                                               :  Inovasi dan Kreativiti 
Sistem Bahasa                                            : Ayat Tunggal
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :
Video, LCD, Lembaran Kerja, Gambar

LANGKAH/
MASA
KANDUNGAN
AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi
(5 minit)
Gambar mangsa demam denggi
1. Murid melihat gambar.

2. Mengaitkan dengan tajuk Tiada Aedes Tiada Denggi.
BBB:
Gambar 1,LCD

ENT: Kontekstual
Langkah 1
(10 minit)
Kitaran hidup nyamuk aedes
1. Murid melihat dan memahami kitaran hidup nyamuk aedes.

2. Murid membina 3 ayat tunggal berdasarkan gambar kitaran nyamuk.

3. Beberapa orang murid membentangkan ayat.

BBB:
Gambar 2,LCD

Tatabahasa: ayat tunggal

ENT:
Kemahiran berfikir, verbal-linguistik
Langkah 2

(10 minit)
Tayangan video Hapuskan Tempat Pembiakan Aedes kepada murid.  
1. Murid menonton tayangan video. 

2. Murid menceritakan kembali mengenai tempat aedes membiak berdasarkan video yang ditonton kepada rakan.

3. Beberapa murid menceritakan kembali mengenai video yang ditonton di hadapan kelas.
BBB:
Video, LCD

ENT: Verbal Linguistik, interpersonal

Nilai: Kerjasama, berbudi bahasa

Ilmu:
Pen. Kesihatan dan Sivik
Langkah 3
( 15 minit)
Berbincang secara berkumpulan.
1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.

2. Setiap kumpulan diminta berbincang mengenai 5 cara untuk mengahapuskan tempat pembiakan aedes berdasarkan gambar yang diberi.

3. Secara berkumpulan, murid diminta menceritakan tentang cara-cara menghapuskan aedes secara bergilir-gilir menggunakan ayat tunggal. (seorang murid satu cara)
EMT: Kreativiti
ENT: Kemahiran Belajar, verbal-linguistik

BBB:
Gambar 3

Nilai: tanggungjawab, kerjasama

Tatabahasa:
Ayat tunggal
Langkah 4
(15 minit)


Pemerhatian pembentangan murid.
Pentaksiran:

Penilaian berdasarkan aktiviti yang dijalankan


Pemerhatian

ENT: Kemahiran Berfikir, intrapersonal
Borang pengurusan grafik
Pengayaan
1. Melengkapkan peta minda yang disediakan.  (lembaran kerja 1)
EMK: Inovasi
BBB:
Lembaran kerja
ENT:
Intrapersonal, kontekstual


Padanan ayat
Pemulihan
1. Memadankan ayat dengan gambar.
2. Tanda jawapan yang betul.  (lembaran kerja 2)
Penutup
(5 minit)
1. Penutup kognitif;



2. Penutup sosial
1. Murid diingatkan mengenai cara menjauhkan diri daripada penyakit demam denggi.

2. Murid diminta memberi pendapat mengenai perkara yang harus dilakukan oleh masyarakat untuk menghapuskan aedes. 
Nilai:  bertanggungja-wab
ENT: kontekstual
EMK:
Kreativiti

Refleksi :
      i.        Kelemahan:



    ii.        Kekuatan:



   iii.        Penambahbaikan:




GAMBAR 1

GAMBAR 2


GAMBAR 3

TAPAK PEMBELAJARAN













No comments: